Khidmat Imigran

Aktiviti

Kami

PENGURUSAN JENAZAH – (31/08/2018)

“Allahummagh firlahu warhamhu wa’aafihi wa’fu anhu”

“Ya Allah, ampunilah dia, berilah rahmat, sejahtera dan maafkanlah dia”

31/08/2018, Hospital Muar, Johor – Alhamdulillah selesai menyempurnakan pengurusan Jenazah Allahyarham SANAULLA GOLDER warga BANGLADESH pemegang Kad Maklumat Warga Asing Khidmat Imigran yang telah kembali ke Rahmatullah pada 27/08/2018.

Pengurusan mandi dan solat Jenazah telah dijalankan sebagai menyempurnakan tanggungjawab salah satu perkhidmatan Pengurusan Jenazah dan Pampasan Kematian kepada Warga Asing yang menyertai program Khidmat Imigran.

Jenazah Allahyarham akan dihantar pulang ke kampung halamannya dengan kos yg ditanggung 100% oleh pihak Khidmat Imigran.

Segala keterangan lanjut sila hubungi Ibu Pejabat Sekretariat Khidmat Imigran.

[email protected]
www.khidmatimigran.com

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.