Khidmat Imigran

Aktiviti

Kami

PENGURUSAN JENAZAH – (14/01/2021)

14 Januari 2021 – Seorang peserta wanita Program Khidmat Imigran warga Indonesia bernama Anastasia Azi telah disahkan meninggal dunia di Hospital Tanjung Karang, Selangor pada 6 Januari 2021 yang lalu. Urusan dokumentasi, pengurusan jenazah dan koordinasi penghantaran pulang ke negara asal telah diuruskan oleh Tim Pengurusan Jenazah SKI. Proses penghantaran pulang mengambil sedikit masa kerana SOP pengurusan yang diperketat sepanjang tempoh pandemik ditambah pula dengan jadual penerbangan yang terhad. Walaubagaimanapun, itu bukan penghalang kepada SKI untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik buat peserta Program Khidmat Imigran.

Tim Pengurusan Jenazah SKI telah sedaya upaya berusaha bagi mempercepatkan proses penghantaran pulang jenazah ke pangkuan ahli keluarganya. Jenazah akan diterbangkan ke daerah Kupang, Indonesia dari KLIA petang ini dan dijangka tiba pada pagi esok untuk urusan pengkebumian. Kos pengurusan dan penghantaran pulang jenazah ke Indonesia dibiayai sepenuhnya oleh pihak pengurusan SKI. Ucapan Takziah buat semua ahli keluarga Mendiang Anastasia Azi. Semoga rohnya tenang dan sentiasa dirahmati tuhan.

**

Pengurusan dan penghantaran pulang jenazah ke tanah air warga asing secara PERCUMA adalah salah satu perkhidmatan daripada pelbagai perkhidmatan yang ditawarkan di bawah Program KHIDMAT IMIGRAN kepada semua warga asing yang bermastautin di Malaysia.

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.