Khidmat Imigran

Aktiviti

Kami

PENGURUSAN JENAZAH – (11/09/2019)

“Allahummagh firlahu warhamhu wa’aafihi wa’fu anhu”, “Ya Allah, ampunilah dia, berilah rahmat, sejahtera dan maafkanlah dia”11/09/2019, Kuala Lipis Pengurusan Jenazah Warga Asing Islam Yang Tidak DituntutJenazah bernama Anjas Mansyah seorang lelaki berasal dari Lombok, Indonesia berumur 50 tahun. Beliau telah dimasukkan ke Hospital Kuala Lipis pada 20 Mac 2019 kerana jangkitan kuman pada darah. Beliau meninggal dunia pada 1.50 ptg 6 April 2019 dihospital sama dan telah dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Kuala Lipis untuk dibedah siasat.Jenazah telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kpg Tempuyang, Kuala Lipis, Pahang yang pengurusannya di ketuai oleh Ustaz Akmal bin Abdul Manap dari Pengurusan Jenazah, Masjid Sultan Mahmud, Kuala Lipis, Pahang yang mendapat yang mendapat pengesahan daripada hospital dan Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Lipis, Pahang. Jenazah selamat dikebumikan tepat jam 4.00 ptg.

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *