Khidmat Imigran

Our

Activity

PENGURUSAN JENAZAH – (29/01/2021)

Allahummaghfirlaha warhamha wa’afihi wa’fu’anha. 29 Januari 2021, Kota Damansara – Pada 25 Januari 2021 yang lalu, SKI telah menerima laporan bahawa seorang peserta wanita Program Khidmat bernama Kasturih warganegara Indonesia telah meninggal dunia pada jam 5.26 pagi di Hospital Kuala Lumpur. Tim Pengurusan Jenazah SKI telah berhubung dengan waris Allahyarhamah di Indonesia dan waris telah membuat keputusan serta memberi kebenaran untuk jenazah Allahyarhamah dimakamkan di Malaysia.

Urusan dokumentasi berjalan dengan lancar. Namun disebabkan keadaan pandemik COVID19, beberapa prosedur yang ketat wajib dipatuhi sebelum jenazah boleh dikebumikan. Jenazah Allahyarhamah telah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9 Kota Damansara selepas waktu Asar petang tadi. Kos pengurusan jenazah ditanggung sepenuhnya oleh pihak SKI. Ucapan Takziah kepada semua ahli keluarga Allahyarhamah Kasturih. Moga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya dan diampunkan segala dosa dosanya. ALFATIHAH.

****

Pengurusan dan penghantaran pulang jenazah ke tanah air secara PERCUMA adalah salah satu perkhidmatan daripada pelbagai perkhidmatan yang ditawarkan di bawah Program KHIDMAT IMIGRAN kepada semua warga asing yang bermastautin di Malaysia.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *