Khidmat Imigran

Our

Activity

BANTUAN KHAS KEPADA WARGA ASING TERPINGGIR – (12/04/2020)

Ahad, 12 April 2020 – 6 penerima bantuan berbentuk bekalan makanan asas daripada individu yang sangat prihatin dengan nasib mereka dan bersetuju memberi bantuan tersebut melalui SKI. 5 daripada mereka adalah warga Indonesia dan seorang warga Myanmar.

Maklumat penerima diperoleh melalui aktiviti Responden Bantuan Khas Warga Asing dimana aktiviti tersebut adalah inisiatif SKI dalam mengumpulkan data maklumat warga asing yang terjejas dan terputus bekalan makanan akibat tiada punca pendapatan sejak tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan bermula 18 Mac 2020 yang lalu.

Seterusnya data maklumat tersebut akan kami salurkan kepada pihak-pihak yang sudi membantu. Setakat ini kami telah menerima lebih 400 permohonan dimana lebih 90% pemohonnya adalah terdiri daripada warga Indonesia.

Bekalan bantuan yang kami terima setakat ini amat terhad dan kami memberi keutamaan kepada pemohon yang benar-benar memerlukan.

Sekiranya terdapat orang perseorangan, badan-badan NGO atau syarikat korporat yang sudi menghulurkan bantuan kepada warga asing yang terjejas, sila hubungi kami di talian 018-918 1170.

Kepada yang menghulurkan bantuan, kami mengucapkan jutaan terima kasih. Jasa dan keprihatinan anda sangat kami hargai.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *