Khidmat Imigran

Aktiviti

Kami

BENGKEL PENGENALAN ASAS PROGRAM KHIDMAT IMIGRAN – (29/06/2020)

29 Jun 2020, Setapak, Kuala Lumpur – Majlis menandatangi MOU antara Persatuan Kebajikan Persaudaraan  Nusantara (PKP Nusantara) dan DPLN / Persaudaraan Pekerja Muslim Indonesia (PPMI) . MOU tersebut adalah kearah melaksanakan kerjasama menyediakan wadah lebih baik dan sistematik untuk aktiviti-aktiviti kebajikan dan kemanusiaan khusus kepada warga Imigran Indonesia yang bekerja dan bermastautin Malaysia.

Kerjasama tersebut juga melibatkan pihak SKI sebagai pembekal sistem dan perkhidmatan asas kepada ahli persatuan yang berdaftar dengan PKP Nusantara dan PPMI melalui persatuan/pertubuhan NGO dari kalangan suku kaum dari WNI di Malaysia sebagai pusat pengesahan maklumat diri, pusat aduan dan kaunseling, skim pampasan dan pengurusan jenazah serta kemudahan kad prabayar kepada mereka yang layak.

Pihak PPMI dan PKP Nusantara bersama Sekretariat Khidmat Imigran (SKI) juga berharap kerjasama ini akan dapat menyatukan lebih ramai keahlian sebagai satu kaedah membantu kerajaan dan pihak kedutaan menangani pelbagai isu dan masalah semasa yang melibatkan WNI terutamanya mereka yang terpinggir dan memerlukan pelbagai jenis bantuan kebajikan dan kemanusiaan

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.