Khidmat Imigran

Aktiviti

Kami

BANTUAN KHAS KEPADA WARGA ASING TERPINGGIR – (05/05/2020)

5 May 2020 – Alhamdulillah. Penyerahan Bantuan Keperluan Makanan Asas kepada 60 Warga Asing Terpinggir (Fasa 1) bagi daerah-daerah di Negeri Selangor (Sabak Bernam, Sekinchan dan Sungai Besar)

Program ini telah dijayakan dengan keprihatinan dan bantuan dari pihak NGO, swasta dan individu dibawah program Responden Bantuan Khas Warga asing – Sekretariat Khidmat Imigran.

Sehingga 5 May 2020, hampir 600 responden diterima dan aktiviti tersebut adalah inisiatif SKI dalam mengumpulkan data maklumat warga asing yang terjejas dan terputus bekalan makanan akibat tiada punca pendapatan sejak tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan bermula 18 Mac 2020 yang lalu.

Tugasan agihan dibantu oleh Koordinator daerah Sabak Bernam, Siti Noraini bersama 3 pegawai Khidmat Imigran.

Penerima bantuan merupakan warga asing beragama Islam yang bekerja dan dibayar gaji hari dan dikenalpasti sepanjang tempoh PKP mereka terputus pendapatan dan bekalan makanan.

Sekiranya terdapat orang perseorangan, badan-badan NGO atau syarikat korporat yang sudi menghulurkan bantuan kepada warga asing yang terjejas, sila hubungi kami di talian 018-918 1170.

Kepada yang menghulurkan bantuan, kami mengucapkan jutaan terima kasih. Jasa dan keprihatinan anda sangat kami hargai

1 thought on “BANTUAN KHAS KEPADA WARGA ASING TERPINGGIR – (05/05/2020)”

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.